KOTA BHARU: Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata memang terdapat kaedah tertentu supaya air zamzam sampai ke negara ini dengan cara lebih selamat dengan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.
"Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah.
"Jemaah akan mendapatkan air zamzam tersebut sebaik tiba di tanah air. Jadi, tidak timbul isu mengenai perkara ini (tidak dibenar bawa pulang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa ribut dan kebakaran di Mukim Siti Manis, Kijang di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan wujudnya penipuan dalam badal haji, Ahmad Marzuk berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.
Beliau berkata jika seseorang itu mahu menggunakan khidmat badal haji, mereka perlu memilih 'wakil' yang benar-benar tulen supaya tidak ditipu.
"Dalam soal menggunakan wakil ini, kita perlu membuat penelitian. Sekiranya harga dikenakan begitu murah... agak tidak munasabah melainkan individu itu melakukannya secara sukarela.
"Cara terbaik bagi orang yang berhasrat menggunakan badal haji, kos itu sepatutnya disesuaikan dengan nilai perbelanjaan bagi orang yang hendak diwakilkan mengerjakan ibadah haji tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Ahmad Marzuk menjawab pertanyaan media selepas menziarah dan menyampaikan sumbangan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Kedai Buluh Hilir hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia Rabu ini
Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baru selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan.
Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam - Ahmad Marzuk
Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah.
Jual air zamzam 'online': Penguatkuasaan bawah bidang kuasa KPDNHEP - Idris
Larangan oleh negara berkenaan tidak termaktub bawah perundangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kastam patahkan cubaan seludup 3,000 liter air zamzam ke Singapura
Semakan ke atas dokumen pengikraran mendapati air zamzam tersebut tidak dikrar semasa pengeksportan dibuat.
Selepas Masjid Nabawi, air zamzam kini disediakan di Masjidil Haram
Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air tanpa sentuhan.
Amalan harian, ibadah kembali normal secara berperingkat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut kembali sediakan tong air Zamzam bermula Selasa.